Nama diberi Fauziah Binti Ahmad Zawawi. Saya lebih
senang di kenali sebagai Jee. Saya dah pun berumur 34 tahun dan telah mempunyai
2 orang cahaya mata. Nurul Atiqah Dahlia dan Muhammad Aniq Zakwan . Ini lah
penawar duka lara dan penenang hati di kala keresahan. Di temani oleh suami
tercinta, Mohd Rosli yang tak pernah bosan dalam memberi sokongan dalam apa jua
bidang yang saya ceburi . Mempunyai bilangan adik beradik sedozen membuatkan
saya sentiasa nak balik kampong walau poket x berapa nak tebal. Yang penting
happy.
Blog ni
saya wujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta maklumat dalam
bidang elektronik serta penggunaan multimeter di dalam pengukuran. Penglibatan
kerja dan hobi didalam bidang elektronik sedikit sebanyak membantu didalam
pembangunan blog ini. Informasi yang diberikan adalah informasi yang agak
minima hanya sekadar untuk pembaca memahami serba sedikit tentang Elektronik
dan multimeter.

Semoga
blog ini bermanfaat untuk semua dan secara tidak langsung member sedikit
panduan di dalam penggunaan multimeter. Berkongsi ilmu pasti akan menambahkan
lagi ilmu. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment