Tuesday, July 26, 2016

Pengenalan

        Multimeter atau multitester (meter pelbagai) merupakan sebuah alat pengukur elektronik yang menggabungkan beberapa fungsi pengukuran dalam satu unit.multimeter.

 Fungi asas multimeter ialah  mengukur voltan, arus dan rintangan

        Terdapat  2 jenis  Multimeter iaitu jenis Analog dan Digital. Multimeter jenis analog  menggunakan ammeter mikroskala manakala Multimeter digital (DMM, DVOM) memaparkan nilai diukur dalam angka.Pada masa sekarang multimeter digital lebih meluas digunakan kerana lebih senang untuk mendapatkan bacaan dan bacaannya lebih tepat. Multimeter digital mempunyai 3 bahagian utama iaitu display(paparan bacaan), selection knob (Julat pemilih) dan probs (terminal positif dannegatif).


           Fungsi ‘display’ atau paparan untuk memaparkan bacaan komponen, ‘selection knob’ atau julat pemilih untuk menyelaraskan pilihan bacaan bagi komponen. Pada bahagian julat pemilih terdapat 3 bacaan asas yang memerlukan pemilihan tepat semasa mengambil bacaan iaitu voltan , arus dan rintangan. Sekirannya anda ingin mengukur arus pada sesuatu litar, julat yang dipilih mestilah ampere. Untuk mengukur rintangan julat pemilih adalah ohm dan voltan pada volt. Prob pula digunakan sebagai penyambung kepada terminal positif dan negative komponen.

No comments:

Post a Comment