Admin

*
*Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

                Nama diberi Fauziah Binti Ahmad Zawawi. Saya lebih senang di kenali sebagai Jee. Saya dah pun berumur 34 tahun dan telah mempunyai 2 orang cahaya mata. Nurul Atiqah Dahlia dan Muhammad Aniq Zakwan . Ini lah penawar duka lara dan penenang hati di kala keresahan. Di temani oleh suami tercinta, Mohd Rosli yang tak pernah bosan dalam memberi sokongan dalam apa jua bidang yang saya ceburi . Mempunyai bilangan adik beradik sedozen membuatkan saya sentiasa nak balik kampong walau poket x berapa nak tebal. Yang penting happy.

                Blog ni saya wujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta maklumat dalam bidang elektronik serta penggunaan multimeter di dalam pengukuran. Penglibatan kerja dan hobi didalam bidang elektronik sedikit sebanyak membantu didalam pembangunan blog ini. Informasi yang diberikan adalah informasi yang agak minima hanya sekadar untuk pembaca memahami serba sedikit tentang Elektronik dan multimeter.
*Berkemungkinan informasi disini berbeza dengan apa yang dipelajari oleh anda atau mungkin anda mendapat informasi yang agak sama dengan rujukan yang lain kerana segala maklumat yang diperolehi adalah mengikut pengalaman dan kefahaman penulis serta rujukan di web dan blog2 yang lain juga. Harapan penulis supaya ianya dapat membantu sedikit sebanyak kefahaman pembaca ataupun pelajar tentang elektronik dan multimeter.

                Semoga blog ini bermanfaat untuk semua dan secara tidak langsung member sedikit panduan di dalam penggunaan multimeter. Berkongsi ilmu pasti akan menambahkan lagi ilmu. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment