Components

PERINTANG
Perintang ialah sejenis komponen elektronik pasif dua-terminal yang menghasilkan voltan merentangi terminalnya yang berkadar dengan arus elektrik melaluinya selaras dengan hukum Ohm:
{\displaystyle V=IR}Ohm (simbol: Ω) ialah unit SI bagi rintangan elektrik, yang dinamakan sempena Georg Simon Ohm. Satu ohm bersamaan satu volt seampere. Kerana perintang ditentukan dan dikilangkan dalam satu julat nilai yang besar, unit-unit terbitan milliohm (1 mΩ = 10−3 Ω), kilohm (1 kΩ = 103 Ω), dan megohm (1 MΩ = 106 Ω) juga biasa digunakan.

Terdapat 2 jenis-jenis perintang
-          Perintang tetap
-          Perintang boleh ubah


Perintang Tetap


   Perintang tetap ialah perintang yang tidakboleh di ubah-ubah nilai rintangannya
*  Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, badan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.
*   Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang
§  Perintang komposisi karbon
§  Perintang berselaput karbon
§  Perintang belitan dawai


Perintang Boleh Ubah

*  Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset.
*   Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.



Kod Warna


No comments:

Post a Comment